Saturday, June 12, 2010
Promo Buat Peniaga Online
Anda beli :
--> 1 buku...banner anda akan berada pada subkategori di bahagian kiri blog ini.
--> Buku berjumlah RM 50 .. banner anda berada dibawah post terkini selama 3 bulan...@ mungkin lebih...
Dalam masa yang sama...anda mungkin bertuah dlm CABUTAN BERTUAH kedai kami....
Labels:
Promosi Terkini
Tuesday, June 8, 2010
Cabutan Bertuah.
Syarat :
1. Letak banner/link blog ini di blog anda.( Saya akan add anda jugak..)
2. Beli 1 buku untuk 1 kupon cabutan.
3. Number untuk cabutan akan ditentukan oleh Tokey Buku sendiri Berdasarkan Giliran Belian.
4. Cabutan 20 number akan dilakukan oleh admin setelah genap 100 peserta.
5. 1 hadiah misteri akan diberikan pada peserta dengan belian terbanyak sepanjang tempoh contest berlangsung.
Peserta Online Sahaja:
1.
2.
3.
.
.
.
100
Hadiah :
** Akan ditetapkan..sedang dlm proses mencari hadiah yang ummphhh!
Labels:
Promosi Terkini
Sunday, June 6, 2010
Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim
Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim
Harga setiap unit (piece): RM20.00
Penulis : Mohammad Nidzam Abd. Kadir
Kod Katalog : TBBK 1096
Kos ISBN : 978-967-5102-29-5
HARGA : RM 20.00, CP : 6
Buku “Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim” ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.
KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI
* Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
* Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
* Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
* Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman
Labels:
Buku Agama
Masjid Itu Hidupku
Masjid Itu Hidupku
Harga setiap unit (piece): RM19.90
Penulis : Ustaz Mohd. Gunawan Che Ab. Aziz
Kod Katalog : TBBK 1070
Kod ISBN : 978-983-5102-02-8
HARGA : RM19.90, CP : 6
Buku ini membongkar fungsi masjid sebagai bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t. Ia merupakan tempat yang mulia dan suci dalam Islam. Ia lambang kepada syiar Islam, pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam.
Masjid juga merupakan tempat hati-hati yang terikat dengan kasih dan cinta Allah s.w.t. Hati-hati mereka sentiasa dahagakan zikrullah, mendambakan peringatan demi peringatan. Mereka sentiasa disogokkan pemikiran bagaimana menjadikan pancaroba dan nikmat di dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan di akhirat. Mereka tahu hati ialah tempat jatuhnya pandangan Allah s.w.t.
Justeru, usaha pertama Rasulullah ketika Hijrah ialah membina Masjid Quba’. Sesampai sahaja di Madinah, Rasulullah membina pula Masjid al-Nabawi. Peri pentingnya masjid sebagai jantung dakwah. Sehingga sekarang masjid semakin banyak didirikan di seluruh dunia. Apakah kaitannya masjid dengan hidayah, iman, takwa, jihad, rahmat dan cinta? Buku ini ada jawapannya.
Labels:
Buku Agama
Tadabbur Beginilah Al-Quran Mengajar Kami
Tadabbur Beginilah Al-Quran Mengajar Kami
Harga setiap unit (piece): RM20.00
Penulis : Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin & Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog : TBBK 1075
Kos ISBN : 978-967-5102-15-8
HARGA : RM 20.00, CP : 6
Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadila Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.
Labels:
Buku Agama
Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan
Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan
Harga setiap unit (piece): RM30.00
Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog : TBBK 1094
Kos ISBN : 978-967-5102-24-0
HARGA : RM 30.00, CP : 10
HADIS-HADIS PERINGATAN BUAT UMUR INSAN ialah sambungan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2. Kali ini dipaparkan 25 buah hadis (hadis 51-75) lagi merangkumi 4 aspek kehidupan insan: 1. MEMBENTUK PERIBADI DAN SAHSIAH INSAN: Kelebihan Rasulullah s.a.w, mengikut sunah, mencintai sahabat Nabi s.a.w., kemenangan bersama kesabaran, sifat pemaaf, kebaikan yang utama dalam Islam dan larangan penyerupaan. 2. IBADAH: Beriktidal dalam ibadah, melazimi zikir, bala yang dipohon perlindungan daripadanya, berdoa untuk saudaranya, mencari keredaan Allah s.w.t., akhirat kehidupan yang hakiki dan dosa-dosa besar. 3. PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN: Berlaku adil, ukhwah islamiah, bantuan kepada yang hampir, Muslim yang afdal, keluasan ihsan dan berbuat baik pada wanita. 4. BIDANG KERJAYA DAN EKONOMI: Mencari ilmu manfaat, galakan bertani, kewajipan berzakat, setiap kebaikan ialah sedekah dan mencari pembantu yang setia.
Labels:
Buku Agama
Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya
Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya
Harga setiap unit (piece): RM20.00
Penulis : Al-Ustaz Dato` Hj. Ismail Kamus
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog : TBBK 1084
Kos ISBN : 978-967-5102-13-4
HARGA Semenanjung M`sia : RM 20.00, CP : 6
Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok-belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan sesetengah orang. Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab inadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang tetap.
Labels:
Buku Agama